Puteri Zon Pulau Pangkor

Pages

  • Home

Asal Usul Bahasa Melayu

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.

Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:

1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.

Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.


Asal Usul Bangsa Melayu

Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.

Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)

Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.


Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.

Keturunannya orang Melayu di Malaysia

Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.

Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.

Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.

Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.

Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.

Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

http://www.tutor.com.my/stpm/New%20Folder/asal_u2.gif

Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).

Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Perkembangan Bahasa Melayu

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

  • Bahasa Melayu Kuno,
  • Bahasa Melayu Klasik dan
  • Bahasa Melayu Moden.


Bahasa Melayu Kuno

Merupakan keluarga bahasa Nusantara

Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.

Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

  • Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
  • Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
  • Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.


Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

  • Pengaruh agama Hindu
  • Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
  • Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.


Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:

  • Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
  • Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
  • Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
  • Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)


Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

  • Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
  • Susunan ayat bersifat Melayu
  • Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
  • bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
  • Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
  • Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
  • Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
  • Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)


Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.


Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

  • ditulis dalam huruf India
  • mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
  • bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)

  • masih memakai abjad India
  • buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)

  • ditulis dalam tulisan Jawi
  • membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.


Bahasa Melayu Klasik

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

  • Zaman kerajaan Melaka
  • Zaman kerajaab Acheh
  • Zaman kerajaan Johor-Riau

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.


Ciri-ciri bahasa klasik:

  • ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
  • banyak ayat pasif
  • menggunakan bahasa istana
  • kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
  • banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
  • ayat songsang
  • banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''


Bahasa Melayu Moden

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Sejarah awal tamadun manusia di Tanah Melayu telah bermula tidak kurang 200,000 tahun dahulu di mana bukti-bukti kewujudan manusia dapat di jumpai sekitar Kota Tampan di Lenggong, Perak. Anatara penemuan terbesar yang pernah di rekodkan dalam kajian sejarah Malaysia ialah penemuan rangka manusia yang berumur sekitar 11,000 tahun di Leggong yang diberi nama ‘Perak Man’ atau ‘Orang Tampan’.


Di kawasan sekitar Lenggong juga, ditemui beberapa kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu bagi membuat andas dan tukul-tukul batu bagi kegunaan manusia pra-sejarah yang masih terpelihara dengan baik.

Selain kewujudan manusia pra-sejarah Tanah Melayu di Lenggong Perak, antara penemuan terbesar Malaysia juga terdapat di sekitar Gua Niah, Sarawak. Bukti-bukti yang berusia lebih kurang 40,000 tahun ini menunjukkan bahawa sudah ada penempatan manusia sejak sekian lama.

Salah satu bukti kewujudan manusia pra-sejarah yang terkenal ialah lukisan-lukisan di dinding Gua Tambun seperti di bawah.

SEJARAH UMNO

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

(Tulisan Jawi: ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو,

Inggeris: United Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO)

adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa terganggu sejak merdeka lagi. Ia dikenali sebagai penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu dan ideologi Islam tulen, yang memperjuangkan bahawa orang Melayu dan orang-orang Muslim lain merupakan orang peribumi di Malaysia, oleh itu berhak menerima keistimewaan sebagai hak semenjak lahir.


Sejarah UMNO

Satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing. Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.


Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:

Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;

Membantah pertubuhan Malayan Union; dan

Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.


Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.


Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi.


Dato Onn mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951

About Me

pu3pangkor
View my complete profile

PUTERI TELUK KECIL

Ketua PUTERI :Fatimah Bt Nayan
Naib :Mazwinteh Bt Abdul Rahman
Setiausaha :Siti Sarah Bt Hanipah
Bendahari :Suhaila Bt Jannollah
Ketua Penerangan:Rosita Bt Bahari
AJK :Fatimah Bt Jamaluddin
Zanariah Bt Mohd Ali
Suriani Bt Baharuddin
Nur Ain Teh Bt Abdul Rahman
Siti Rafidah Bt Ismail
Yusriyanti Bt Md Yusuf
Nor Fazilah Bt Rahim

PUTERI PANGKOR

Ketua PUTERI :Norhayati Bt Nordin
Naib :Noradila Bt Hashim
Setiausaha :Masyitah Bt Abd Karim
Bendahari :
Ketua Penerangan:Norwati Bt Yusuf
AJK : Nor Faizatul Ain Bt Abdullah
Norlizawati Bt Umar
Nur Syuhada Bt Abd Razak
Suzana Bt Abdul Wahab
Nor Fazira Bt ZAinon
Shahani Bt Ishak
Nurul Hafizah Bt Umar
Noormalinda Bt Madakin
Normala Bt Shamsuddin
Rozaliza Bt Saad

PUTERI SUNGAI PINANG

Penerusi: Kamariah Bt Ahmad
Ketua PUTERI: Suriza Bt Osman
Naib: Sartini Bt Yaacob
Setiausaha :Rohayu Bt Mohd Sarif
Bendahari :Zarina Bt Mohd Nor
Ketua Penerangan:Rosita Bt Ismail
AJK :Zakiah Bt Umar
Yuniza Bt Gulam Husin
Rodiyana Bt Ahmad Desa
Zailani Bt Mamat
Zarina Bt Mohd Noor
Misah Bt Saad
Hamidah Bt Mad Desa
Suhana Bt Omar

PUTERI TELUK DALAM

Pengerusi Tetap : Amtikah Bt Rahman
Ketua PUTERI :Zaimah Bt Zainuddin
Naib :Noriah Bt Mohd
Setiausaha :Zaiton Bt Zainuddin
Bendahari :Zawiyah Bt Bakar
Ketua Penerangan:Kamisah Bt Mad Shah
AJK :Rahimah Bt Jaafar
Nurl Huda Bt Hasan
Hamzah Bt Jaafar
Mariati Bt Abdul Hamid
Suzilawati Bt Mat Zin
Mazita Bt Desa
Rosni Bt Abu Bakar

BLOG PUTERI

  • PEWARIS ANAK BANGSA
    2018 TAHUN KEJAYAAN BUAT BN
    7 years ago
  • Puteri Bahagian Segambut
    CINA DAP BIADAP & RACIS DI TESCO KEPONG
    9 years ago
  • PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS
    PERUTUSAN AIDILFITRI KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS 2015 / 1436H
    9 years ago
  • MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN
    BINCANG ISU TUN M DAN DS NAJIB DALAM SEMANGAT KELUARGA UMNO
    10 years ago
  • Shahaniza Shamsuddin
    Kembara ke Tanah Suci
    10 years ago
  • Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)
    Tak payahlah kita rasa malu.. Sesetengah kawasan di Penang tak kibar pun JALUR GEMILANG
    10 years ago
  • PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN
    PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH JASIN
    11 years ago
  • PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA
    PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA 2013
    11 years ago
  • Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ampang
    korupsi
    12 years ago
  • PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH
    Lawatan Prihatin Puteri UMNO Bhgn Masjid Tanah ke rumah mangsa Puting Beliung di Cwgn Telok Gong bersama Trauma Recreation Club dari PPUM
    12 years ago
  • Pergerakan Puteri UMNO Johor Bahru
    Salam Ramadhan 1433
    12 years ago
  • Puteri UMNO Bahagian Pandan
    Perkara: janji tinggal janji-Pakatan Rakyat?
    13 years ago
  • Puteri UMNO Bahagian Subang
    Janji harus dikota.. jangan dimungkiri..
    13 years ago
  • Puteri Ipoh Timor
    SUMBANGAN PAKAIAN RAYA DAN IFTAR 2011
    13 years ago
  • Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai
    Program Puteri Prihatin 2011
    13 years ago
  • Puteri Cybertrooper
    PAS DAN UMNO BEKERJASAMA?
    14 years ago
  • Ismalina Ismail
    Peningkatan Sakit Mental di Kalangan Pelajar
    14 years ago
  • PUTERI TITIWANGSA
    Jualan Amal Pu3 Titiwangsa
    14 years ago
  • BLOG PUTERI UMNO BAHAGIAN GOPENG
    Majlis Berbuka 'Nur Kasih Ramadhan'
    14 years ago
  • pulai : princess' lair
    JOINT ACCOUNT
    15 years ago
  • PUTERI LABUAN
    JAWATAN KOSONG TARIKH TUTUP 30 APRIL
    15 years ago
  • Puteri UMNO Sembrong
    LANGKAH,SEMANGAT DAN AZAM BARU PUTERI UMNO SEMBRONG TAHUN 2010
    15 years ago
  • pu3perak
    UMNO 2010; The People's Champion
    15 years ago
  • Puteri UMNO Bahagian Rembau
    PUTERI BOWLING
    15 years ago
  • Wan Salwati Hj.Abdullah
    Terperangkap dalam badan lelaki? Mana boleh!
    15 years ago
  • Puteri Umno Caw. FBB
    FBB Walk-A-Hunt 2009
    15 years ago
  • puteri taman tun abdul razak
    TERKILAN...
    15 years ago
  • Puteri UMNO Jerlun
    Our First Dinner
    16 years ago
  • CORETAN DIKALA SEPI...
    Mesyuarat AJK Puteri UMNO Bhgn K. Lgt
    16 years ago
  • Puteri Tebrau
    PELANCARAN BLOG PUTERI TEBRAU
    16 years ago
  • puteri umno's FotoPage - - Fotopages.com
    MESYUARAT AJK PUTERI UMNO
    16 years ago
  • PU3GP
    WE HEAR YOU
    16 years ago
  • Puteri Kampung Budiman
    Jalan-Jalan.............
    16 years ago
  • ROSNAH SHIRLIN
    Sedia bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO
    17 years ago
  • PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN BATU
    Jom! Tengok Wayang
    17 years ago
  • Puteri UMNO Bahagian Putrajaya
    TITIAN KASIH DARUL IZZAH BANGI
    18 years ago
  • Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pontian
  • Siti Fatimah Amir
  • Komuniti Puteri
  • puterishahalam.com
  • Puteri UMNO Caw Taman Mawar
  • Puteri UMNO - Seri Damak
Wednesday, June 1, 2011 at 7:35 AM | By: pu3pangkor

Program masuk Kg kampung & singgah Sahur Bersama TV3

0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Islamic Clock

LAGU UMNO

Bersatu, Bersetia, Berkhidmat

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu


Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara


Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya


UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

LAGU UMNO PERAK

Bersetia, Berjuang, Berbakti

Kita bangsa yang setia
Taat pada Agama
Junjung kasih pada Baginda
Hidup berbudi serumpun bangsa

Ganding tenaga bagai keluarga
Berkhidmat kepada semua
Itulah harapan bangsa
UMNO Perak pasti berjaya

UMNO Perak terus berjuang
Bangunlah anak bangsaku
Demi pertahan Bangsa Bermaruah
Membujur lalu melintang patah

Bumi bertuah yang kita miliki
Jangan sekali kita cemari
Martabat bangsa dijulang tinggi
UMNO Perak kekal berbakti

LAGU PUTERI

Dengan berkat doa, hasrat ikhlas dijiwa
Kami berusaha dengan setia
Berikrar berjanji, bersatu, teguh hati
Pertahan kedaulatan bangsa merdeka

Kamilah PUTERI pewaris bangsa dan negara
Rela untuk berkorban harta dan nyawa
Demi agama, bangsa dan negara
PUTERI UMNO terus mara

Dengan bersemangat tabor bakti dan khidmat
Untuk rakyat di kota dan di desa
Hingga ke titisan darah yang terakhir
Rela berjuang demi maruah bangsa

PUTERI UMNO akan tetap setia
PUTERI UMNO akan terus mara

MEDIA

  • KOMPAS
  • UTUSAN
  • BERITA HARIAN
  • HARIAN METRO
  • KOSMO
  • SINAR HARIAN
  • AL-JAZEERA
  • TV HIJRAH
  • RTM
  • THE STAR
  • NEWS STRAIT TIMES
  • BERITA N9
  • MALAY MAIL
  • TV3
  • BARISAN NASIOANAL
  • PERAK TODAY
  • AGENDA DAILY
  • BELIA

LINK POLITIK

  • KELAB UMNO
  • UMNO ONLINE
  • WANITA UMNO
  • PEMUDA UMNO
  • PUTERI UMNO

Pemimpin Poilitik

  • RIDHUAN TEE
    Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi
    5 years ago
  • ZULKIFLI BIN NOORDIN
    AL-AQSA MENANGIS DARAH!
    9 years ago
  • Dr Mohamad Khir Toyo
    Catatan Di Belakang Tirai Besi
    9 years ago
  • SOHAIMISHAHADAN
    IFTAR BERSAMA ANAK YATIM .
    11 years ago
  • Zambry Abd. Kadir's Personal Blog
    PERJUMPAAN YAB MENTERI BESAR BERSAMA PELAJAR-PELAJAR PERAK YG MENUNTUT DI MESIR
    14 years ago
  • Blog Ismail Sabri
    Isu Kenaikan Harga Barang Makanan
    14 years ago
  • ::Dari Pena Noh Omar::
  • Che Det

BLOG POLITIK

  • rocky's bru
    It’s the job of the media to ask tough questions, not just the ones you like, Redzuan
    3 hours ago
  • Kumpulan Menyokong UMNO (MYKMU)
    APMM siasat operator bot karam di Pulau Perhentian
    12 hours ago
  • tinggalkan satu peluru!
    Divulgue para até 200 MILHÕES DE EMAILS - Boom de vendas
    14 hours ago
  • Suara Lensa
    MCA BUAT HAL LAGI?!!!
    4 days ago
  • REZQEEN HILL
    Your Рccоunt Рccеss Was Flаgged for Review
    5 weeks ago
  • MINDA INTELEK MELAYU
    Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB - Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?
    1 month ago
  • Taiping Mali
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
    6 months ago
  • The Scribe A Kadir Jasin
    Orang Luar Pelopori Bank Digital Islam Pertama
    1 year ago
  • Politik Harian Blog
    PRU15 - JANJI KJ (Full Video)
    2 years ago
  • PEJUANG BANGSA
    PH 22 BULAN BERKUASA PENIPU CAKAP TIADA LAGI LANTIKAN POLITIK JADI DUTA KHAS ??
    2 years ago
  • padijantan
    MALAYSIA MAGERAN
    3 years ago
  • JENTAYUABAKA
    KESIHATAN MENTAL: TV ASING TERPESONA PROGRAM MEMANUSIAKAN MANUSIAWI
    3 years ago
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
    4 years ago
  • The Antics of Husin Lempoyang
    GEMPAR: Mahathir angkat sumpah
    5 years ago
  • SEMUT HITAM
    #BUBARPARLIMEN MALAYSIA BUKAN DIA PUNYA!!!
    5 years ago
  • THE FLYING KICK
    RAKAMAN SUARA LATHEEFA KOYA SEBENARNYA NAK TUTUP PENGKHIANATAN BESAR-BESARAN MELIBATKAN PEMIMPIN PAKATAN, YANG BERJAYA DIRAKAMKAN BADAN PERISIKAN NEGARA, KAN?
    5 years ago
  • Panglima Perang Cyber
    PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU
    5 years ago
  • TAZKIRAH
    Ayat Penawar Sakit
    5 years ago
  • WADAH PERJUANGAN
    SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
    5 years ago
  • Cucu Tok Selampit
    Hendak Kerja, Sertai Armada
    5 years ago
  • MatKilau Penang
    Helikopter Nuri TUDM Mendarat Cemas Di Kem Gubir
    5 years ago
  • bumiyang
    Cara Untuk Naikkan Penjualan Minyak Kelapa Sawit??? Menteri PH Sewajarnya Lebih Bijak!!!
    6 years ago
  • KemBalakEnterprise
    Sariyah Jutawan Segera
    6 years ago
  • CELAH GELEGAR
    Manogaran pakai Logo Parti di Pusat Mengundi, boleh dipenjarakan 1 tahun atau denda RM5, 000
    6 years ago
  • ::: jendela maya :::
    6 years ago
  • Kulaan Niring
    Kedudukan Calon Presiden Dan MT Sudah Berubah!!! Senarai Popular Keseluruhan Jawatan Bagi Pencalonan Kepimpinan UMNO Malaysia 2018 - 2021
    7 years ago
  • tun faisal dot com
    PELANTIKAN TOMMY THOMAS CETUS KEBIMBANGAN ORANG MELAYU DAN UMAT ISLAM MALAYSIA
    7 years ago
  • http://rmf7.wordpress.com
    Penambahbaikan Perkhidmatan Bas Menjadikannya Pilihan Utama Rakyat
    7 years ago
  • Keris 7 Lok
    Undilah Shahril Hamdan - P112 Dan Seluruh Calon Barisan Nasional
    7 years ago
  • Dialog Dewasa Kritik Berasa
    TUN SAKARAN DANDAI MEMBUAT KEJUTAN DI SEMPORNA
    7 years ago
  • Pandangan Orang Kampung
    FENOMINA "JANJI PILIHAN RAYA"
    7 years ago
  • *
    TESTING
    7 years ago
  • Badut Rakyat
    TU DIAAA !!! #DAP GUNAKAN #PKR DI #SELANGOR DAN #KELANTAN UNTUK HANCURKAN #PAS ???
    7 years ago
  • Anak Seberang
    BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.
    7 years ago
  • MELAYU PASIR GUDANG
    AWESOME - HANYA DI JOHOR RaSUK 2017
    8 years ago
  • Kedah Ke KL
    Selepas viral 24 jam senarai calon BN tidak rasmi yang akan bertanding untuk PRU14 di Kedah
    8 years ago
  • Barisan Nasional
    The Antics of Husin Lempoyang
    8 years ago
  • Jiwa Paradox
    BUAT MALU NEGERI MELAKA:RAFIQ MAMAK KENCING MEDIA!!!
    8 years ago
  • SigapSiaga
    PERIBAHASA WARISAN BANGSA XVI: “Kambu”, “Kembu”, “Kumbu”, dan “Kambuh” – Yang Mana Ada Kaitan dengan Ikan?
    8 years ago
  • MPP
    Parti dedak Mahathir tak mampu gugat UMNO.
    8 years ago
  • ALaHai Si LunCAi
    WAYANG MAT SABU!
    9 years ago
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
    9 years ago
  • HAK MALAYSIA
    WAJARKAH PROGRAM SOLAT SUBUH BERJEMAAH DIPOLITIKKAN? @TengkuadnanReal @mobtv_ @azizanjang @afk910
    9 years ago
  • KERIS PUTERA
    TOL LEGASI MAHATHIR YANG MEMBEBANKAN RAKYAT
    9 years ago
  • BLOGGENSTARZ
    9 years ago
  • Inspirasi Remaja Kini
    KONSPIRASI PERTAHAN NAJIB
    9 years ago
  • Medan Tempur
    DS @MukhrizMahathir BUAT KEJUTAN DI MARKET KG BERJAYA
    10 years ago
  • UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak
    Isu pakaian hitam kecohkan sidang DUN?
    10 years ago
  • Gelombang Wangsa Maju
    WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
    10 years ago
  • Anak Sufi
    MEMANG DASAR PEMBELIT! BUSUNG YANG DISIMPAN SI KETUM!
    10 years ago
  • BN4 WangsaMAJU
    Jangan Terpedaya Dengan Bantuan Yang Diberikan - Shafei Abdullah
    10 years ago
  • Laksamana Jebat
    Pas lah, bukan DAP atau PKR yg teraju PR.
    10 years ago
  • PENGHUNI GUA
    MANA UCAPAN TAKZIAH DAP ?????? !!!!!
    11 years ago
  • Jaringan Melayu Malaysia (JMM)
    Jailani Ngah atur Azwandin "kaki tikam belakang" dilantik Senator
    11 years ago
  • akak @ nilai
    GELI GELEMAN!
    11 years ago
  • MALAY DELIMA
    Apa motif Marina Mahathir sertai himpunan bersama penganut Kristian?
    11 years ago
  • KUKU KAKI
    SARAVANAN LEMBU KORBAN
    11 years ago
  • Unit Media Baru PPUM
    6 Projek setakat Ini Kuala Besut
    11 years ago
  • Horas...!
    Padan Muka, Duduklah Korang Dalam Penjara 20 Tahun...(Dapat Bonus Lagi 5 Tahun)
    12 years ago
  • Berita Lembah Pantai
    (video) Hadi Awang beri sebab PAS lawan PKR di 7 tempat, calon tukang edar pil kuda katanya. Biar betul!
    12 years ago
  • satira politikus
    SPENDA INI MEMBUNUHKU!! - MUSTAFA ALI
    12 years ago
  • ... L I S T E D ! ! !
    TEST
    12 years ago
  • Selipar Merah
    Rakyat tolak @TajuddinRaman & @Azwanbro ????? @Tunfaisal @Hairul_own
    12 years ago
  • Malayaraya
    PAS logics – Kalimah Allah Issue, For Members-Eye Only
    12 years ago
  • SKUAD JAKET MERAH (S.J.M)
    Kenyataan NGO #TUKAR : Isu Tanah Seluas 10,526 Hektar Milik Kerajaan Negeri Kelantan
    12 years ago
  • SUNGAI RAPAT ONLINE
    Kalau dah jadi penyokong Pakatan Luar Tabie inilah hasilnya
    12 years ago
  • HHalem
    AIR - Khalid Membentangkan 6 Pihak Yang Salah. Kecuali Beliau Sendiri.
    12 years ago
  • eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan
    Redirection to CyWar Putrajaya...
    13 years ago
  • Anti Jumud
    Lagi demo NGO tak puas hati terhadap Karpal Singh
    13 years ago
  • PELANTAQ HUJAH
    Polis Tidak Perlu Bersusah Payah Awasi Rumah Ambiga, Takut Sekat KEBEBASAN Beliau
    13 years ago
  • Anak Mat Hijau
    Anwar berjaya ubah lanskap politik negara!!
    14 years ago
  • PANTAU
    Dilema Malaysia Bhg 2 - Isu Perkauman
    16 years ago
  • BarkingMagpie
    We should have a clear goal and don't go off tangent!
    18 years ago
  • Isu Politik Semasa
  • DIMENSI
  • MEDIA CYBER™
  • PISAU.NET
  • Malaysia Waves
  • Khazanah Minda Politik Melayu
  • AIDC
  • Sahabat-Gunung
  • PAPA GOMO
  • ::KitaGempur.Com::
  • Pribumi Perkasa Negara

Blog Archive

  • ►  2012 (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2011 (2)
    • ►  December (1)
    • ▼  June (1)
      • Program masuk Kg kampung & singgah Sahur Bersama TV3
  • ►  2010 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2009 (17)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (7)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
Copyright © 2010 - Puteri Zon Pulau Pangkor - is proudly powered by Blogger.
Puteri Zon Pulau Pangkor Theme is created by: Web Design Company - Ray Creations and Released by - Free Blogger Templates - Ray Templates.