Untuk Program kali ini hanya melibatkan 4 sahaja cawangan yang terlibat untuk menjayakannya. Terima kasih untuk Cawangan Teluk Kecil, Cawangan Pangkor,Cawangan Teluk Dalam dan Cawangan Sg. Pinang.Untuk caw. TEluk Gedong, mungkin kita dapat bekerjasama di lain waktu. Walau bagaimanapun usaha ini dianggap berjaya kerana berjaya menyatupadukan ahli2 pu3 di kawasan Pangkor amnya keran buat pertama kalinya kami telah mengadakan program bersama-sama. Proram ini bertujuan meraikan kaum-kaum ibu dan menghargai jasa kaum wanita dalam sumbangan yang tidak terhingga terhadap keluarga, sosial dan masyarakat.Disamping itu, program ini dapat memupuk kerjasama dan kasihsayang diantara nak dan ibu.Kenayakan aktiviti yang dijalankan sudah tentunya program yang melibatkan anak dan ibu. Antara paling menarik ialah, anak memakai penutup mata dan mencari ibu...(hehehe.memang kelam kabut sket)
Acara lain yang menarik adalah jualan yang dibuat oleh puteri dari setiap cawangan bagi memeriahkan majlis.Antara Gerai yang menari perhatian adalah gerai PuTeri Cawangan Pangkor yang menjual cenderahati yang menyediakan hadiah untuk kaum ibu, Gerai Teluk Dalam,yang menjual pelbagai makanan segera (comei-comel bungkusannya),Gerai Sg Pinang yang menjual makanan petang seperti bihun dan mee Lipat (makanan pangkor ni),dan Gerai Teluk Kecil yang menjual pelbagai jenis minuman dan makanan kudapan..huhuhu.baju upin pon ado... Hadiah disumbangkan oleh setiap cawangan yang terlibat,dan terima kasih pada semua pihak yang telah menjayakan program kali ini.diharap kerjasama kita untuk program yang akan datang akan membuatkan kita lebih berusaha untuk memajukan agama,nusa dan bangsa.arios...
Sepanjang persiapan
0 comments:
Post a Comment