Saturday, October 31, 2009 | By: pu3pangkor

Majlis Bacaan yaasin N SOLat HAjaT

Tempat : Kediaman MB Perak
Tarikh : 27hb Oktober 2009
Masa : 6.50 petang

Agenda : Solat Maqrib, Solat Hajat, Bacaan Yassin, Solat Isyak.

Sempena Sidang DUN Perak pada 28hb Oktober 2009

Semoga Majlis ini mendapat keberkatan dariNYA...amin





Sunday, October 25, 2009 | By: pu3pangkor

Kem Jatidiri


xTvt : KEM JATIDIRI
TARIKH : 23-25 OKTOBER 2009

TEMPAT : KEM REKREASI PECAH BATU, MANONG, KUALA KANGSAR.

Puteri Pangkor yang mengikuti program bersama Puteri bahagian kali ini adalah seramai 7 orang sahaja. Pada asalnya ramai yang nak ikut, tapi last minit mcm halangan. Jaid ramai yang cencel. Nasibla dapat gak cari Puteri2 dari cawangan Pulau Pangkor yang dapat joint. Yang besnya Program ni hanya anak2 dara yang ikut.huhuhuhu...Tima kasih yang tidak terhingga kepada peserta Puteri dari Pulau Pangkor kerana dapat manjayakan program ni.diharap program lain kali lagi ramai Puteri yang dapat melibatkan diri.

Hari Pertama. Kami Bertolak dari Jeti Pangkor pada jam 2.00 petang ari Jumaat 23/10/2009. tIba di jeti Lumut jam 2.30 petang.sempat la soping2 skit bekalan untuk ke Kem.tunggu gak bas, iyo2 ja padahal da ada depan mata.sbbnya bas yang kitorang nak g adalah bas sekolah (mmg xjangka...).Tp ok la.....sampai ke Kem Pecah batu tepat jam 4 petang.tiba di sana, kami diberi sedikit taklimat oleh Ketua Perkemahan iaitu nama glamernya Pak Yoep.hehehe...abes je taklimat kami diberi penerangan n amanat oleh kem komanden n Ketua Puteri Bahagian Lumut Cik Norazlina (kak ina).abes je taklimat, sesi menjamu selera n solat asar.Start pasang Khemah n mandi...siap2 untuk makan malam.Pastu Solat Maqrib berjemaah, baca yassin n Solat Isyak Berjemaah gak.


Malam...mulakan Xvtv.bes.diketuai oleh kem komanden Cik Noraini @ani.sesi suai kenal yg ceria,n membakar semangat kerjasama yg erat diantara peserta kem. pelbagi acara diadakan untuk Puteri lebih santai. Jeng3.....iks.acra ni mencabar skit.kul 11 malam kami diberi taklimat untuk masuk utan malam 2.jadi smua mula2 mmg cuak gila...xnak g.yelah..yg ado smua pUteri2 ayu gitu.gila nak masuk utan tgh2 malam.Tapi oleh kerana semangat yg diberikan oleh ketua, kami menyahut cabaran Jatidiri..Smangat!!!!! Sebelom masuk utan baca doa...n baris, baris sedia!!! dalam menunggu turn untuk masuk utan sorang2, aku peserta pertama yg digigit pacat.uiks....nasibla...tp masa dalam utan 2, mcm2 perasaan ada...tp alhamdulillah.disitu la kita diuji.untuk mengingati tuhan,menguji keberanian, mencari jatidiri, pendek kata mmg berbaloi...hehehehe.kuar je utan alhamdulillah smua selamat.abes 2 berkongsi mcm2 cerita lucu bersama.huh...baru tau ramai kena uji ngan pelatih...hehehehe sabo je la.tido jam 2 pagi..zzzzzzzz Ari kedua.kul 4 bangun igt da subuh.tkejut gak.si ct kena gigit pacat masuk pacat dalam baju..hehehe.igt apa la...slamat da sambung tdo..zzzz.kul 6 bangun n solat subuh.(xmandi pon) ketua pesan nak jalan2 masuk utan je.last2 comot gak.mana xnya abes randok air sungai.hmmm.mencabar tol.abes jln2, sarapan disediakan.kita makan dulu.......yeyeyeye.pas je makan. buat kumpulan n masuk utan ikut kumpulan mulakan xtvt merempuh halanga.bes....pastu kump. kitorang buat lagi 2 acara.apenta namanya.xsempat candit sbb bateri xda.untuk makluman tmpat pkemahan xda elekterik disediakan.mlm je ada psng generater.ok la tu.cerah skit.pa je penat wat xtvt...makanan tghari disediakan...tp masing2 xmakan.tgk air sg melambai2...terjun dulu la...disini la baru tau ramai yang baru nak start blajar berenang...huhuhu.tp alhamdulillah ramai yg da pandai.abes mandi baru igt lapar.pas makan, solat n siap2 untuk ldk lak. Petang.kul 3 ptg wat ldk untuk mbina smbgt team work. Program pasni aku xder jadi xdapat nak bgi report...huhuhu...so next time aku update lagi... da~



BerjemaaH


ketua Puteri Bahagian (Kak Ina)


Kem Komanden



LDK


ReHat..

Rempuhan Halangan

halangan Pertama

halangan Kedua

halangan ketiga

halangan keempat

halangan kelima

halangan keenam

halangan ketujuh

Puteri dari Pulau Pangkor Pose :)



Otai2..


Friday, October 16, 2009 | By: pu3pangkor

1Malaysia bersama 50,000 rakyat Perak

UtUsan Malaysia
16/10/2009 4:28pm

IPOH 16 Okt — Lebih 50,000 rakyat berbilang kaum dan agama dijangka memenuhi Stadium Perak di sini Ahad ini bagi pelancaran program 1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Perak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain persembahan nyanyian dan kesenian, program yang akan dilancarkan pada 8.30 malam itu juga dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti pameran dan gerai jualan yang bermula esok.

Program ”1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Perak” yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan acara mesra rakyat itu adalah yang julung kali diadakan dan ia akan dilancarkan di setiap negeri selepas ini.

Menurut atur cara program itu, ia dimulakan dengan gotong-royong Perdana 1Malaysia di pekan Chemor pada 7 pagi manakala aktiviti demonstrasi melukis oleh Angkatan Pelukis Perak, sukan rakyat, pertandingan mewarna dan teka-teki 1Malaysia akan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak serta Stadium Indera Mulia di sini.

Lambakan barangan antik di pasar Lokin di sini serta ekspo dan gerai jualan di perkarangan Stadium Indera Mulia yang berterusan sehingga waktu malam pada hari Ahad juga dijangka mendapat sambutan hangat.

Aktiviti ”RTM Turun Padang” dan Pentarama juga akan diadakan di kawasan sekitar stadium itu bagi menyebarkan maklumat serta menghiburkan rakyat Perak menerusi rancangan radio dan televisyen.

Ahad yang merupakan hari kemuncak pelancaran pula dimeriahkan dengan Senam Seni 1Malaysia, pameran 1Malaysia dan pertandingan pidato 1Malaysia pada sebelah pagi di Stadium Perak dan Stadium Indera Mulia di sini.

Pada sebelah malam pula, Perdana Menteri dijangka tiba pada 8.40 malam di Stadium Perak dengan diiringi Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bagi melancarkan program berkenaan.

Nyanyian lagu Negaraku, 1Malaysia dan lafaz ikrar Rukun Negara akan diperdengarkan sebelum Rais dan Zambry menyampaikan ucapan masing-masing.

Sejurus lepas itu, Najib akan menyampaikan ucapan pelancaran yang akan dihayati tetamu yang terdiri daripada pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi dan badan bukan kerajaan.

Program itu tidak berhenti malam itu kerana kerajaan Perak dan Kelab Roadrunners Ipoh akan menganjurkan Larian Festival 1Malaysia pada 25 Okt sempena pelancaran program 1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Perak itu.

Larian yang akan bermula di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Padang Gajah, Bandar Seri Botani di sini mulai 7.30 pagi itu, terbuka kepada 1,000 peserta daripada pelbagai kaum.

Program ”1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Perak” yang akan diadakan selama dua hari itu adalah anjuran kerajaan negeri dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bertujuan meningkatkan kesedaran, kefahaman, sokongan dan penghayatan rakyat mengenai gagasan itu selain memupuk semangat perpaduan dan cintakan negara.

— BERNAMA