Friday, October 16, 2009 | By: pu3pangkor

1Malaysia bersama 50,000 rakyat Perak

UtUsan Malaysia
16/10/2009 4:28pm

IPOH 16 Okt — Lebih 50,000 rakyat berbilang kaum dan agama dijangka memenuhi Stadium Perak di sini Ahad ini bagi pelancaran program 1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Perak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain persembahan nyanyian dan kesenian, program yang akan dilancarkan pada 8.30 malam itu juga dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti pameran dan gerai jualan yang bermula esok.

Program ”1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Perak” yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan acara mesra rakyat itu adalah yang julung kali diadakan dan ia akan dilancarkan di setiap negeri selepas ini.

Menurut atur cara program itu, ia dimulakan dengan gotong-royong Perdana 1Malaysia di pekan Chemor pada 7 pagi manakala aktiviti demonstrasi melukis oleh Angkatan Pelukis Perak, sukan rakyat, pertandingan mewarna dan teka-teki 1Malaysia akan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak serta Stadium Indera Mulia di sini.

Lambakan barangan antik di pasar Lokin di sini serta ekspo dan gerai jualan di perkarangan Stadium Indera Mulia yang berterusan sehingga waktu malam pada hari Ahad juga dijangka mendapat sambutan hangat.

Aktiviti ”RTM Turun Padang” dan Pentarama juga akan diadakan di kawasan sekitar stadium itu bagi menyebarkan maklumat serta menghiburkan rakyat Perak menerusi rancangan radio dan televisyen.

Ahad yang merupakan hari kemuncak pelancaran pula dimeriahkan dengan Senam Seni 1Malaysia, pameran 1Malaysia dan pertandingan pidato 1Malaysia pada sebelah pagi di Stadium Perak dan Stadium Indera Mulia di sini.

Pada sebelah malam pula, Perdana Menteri dijangka tiba pada 8.40 malam di Stadium Perak dengan diiringi Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bagi melancarkan program berkenaan.

Nyanyian lagu Negaraku, 1Malaysia dan lafaz ikrar Rukun Negara akan diperdengarkan sebelum Rais dan Zambry menyampaikan ucapan masing-masing.

Sejurus lepas itu, Najib akan menyampaikan ucapan pelancaran yang akan dihayati tetamu yang terdiri daripada pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi dan badan bukan kerajaan.

Program itu tidak berhenti malam itu kerana kerajaan Perak dan Kelab Roadrunners Ipoh akan menganjurkan Larian Festival 1Malaysia pada 25 Okt sempena pelancaran program 1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Perak itu.

Larian yang akan bermula di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Padang Gajah, Bandar Seri Botani di sini mulai 7.30 pagi itu, terbuka kepada 1,000 peserta daripada pelbagai kaum.

Program ”1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Perak” yang akan diadakan selama dua hari itu adalah anjuran kerajaan negeri dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bertujuan meningkatkan kesedaran, kefahaman, sokongan dan penghayatan rakyat mengenai gagasan itu selain memupuk semangat perpaduan dan cintakan negara.

— BERNAMA

Monday, September 28, 2009 | By: pu3pangkor
Tuesday, September 22, 2009 | By: pu3pangkor

rumaH teRbuKa MB d paNgKOr

TarikH : 2 SYAWAL 1430H /21 SePtemBer 2009 (Isnin)
Masa : 10.00-2.00petang

Lokasi : DATARAN PEKAN PANGKOR






MajLis Ramah Mesra dan Iftar

Majlis anjuran Pergerakan PUTERI UMNO Negeri Perak ini diadakan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadhan. Objektif majlis ini adalah untuk meraikan anak2 yatim dari negeri perak. Seramai 51 orang anak-anak yatim dari seluruh negeri perak diraikan.


TARIKH : 16 SEPTEMBER 2009

MASA : 6.00 PETANG
TEMPAT: BANGUNAN UMNO IPOH
DIRASMIKAN OLEH : YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SIRLIN.



DecO Bersama Puteri di DUN Sitiawan

TarikH : 10 SePtemBer 2009 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang
Lokasi : Sitiawan

DecO Bersama Puteri di DUN Pasir Panjang

TarikH : 10 SePtemBer 2009 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang
Lokasi : Pasir Panjang

Program "Deco Bersama Puteri" Dun Pangkor

Program "DECO Bersama Puteri Dun Pangkor" telah diadakan mendapat kerjasama dari Puteri dari semua sayap Puteri dari setiap cawangan. Antara Ahli jawatankuasa yang hadir adalah dari cawangan Pangkor,Teluk Dalam, Sg. Pinang dan Cawangan Teluk Kecil. Majlis yang turut dihadiri Oleh Ketua Puteri Bahagian Lumut iaitu Cik Norazlina Bt Shaadan. Dan juga jutaan terima kasih kepada ketua kg Teluk Raya Bayang, Abdul Kader yang juga merupakan ayahanda kepada Menteri besar perak dan Salleh bin Abu diatas kesudian menghadiri ke program ini
sekaligus merasmikan Proram "Deco Bersama Puteri Dun Pangkor".

Sebanyak dua buah rumah dari Dun Pangkor telah terpilih untuk program yang diadakan kali ini. mereka terdiri daripada ibu tunggal muda yang kurang berkemampuan. Diharapkan progam ini dapat meyedarkan golongan muda agar sama-sama mempunyai sikap saling membantu untuk membentuk sahsiah dan menjadi golongan yang prihatin. Semoga semangat ini dapat mendidik agar Puteri-puteri Umno sentiasa berjuang untuk membantu agama, nusa dan bangsa.amin....

Program "Deco Bersama Puteri" Dun Pangkor

TarikH : 12 SePtemBer 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Lokasi :
Pn. Nor Asyikin Bt Mohammmad Kampung Teluk Kecil Pulau Pangkor.

& Pn. Hayati Rahim Kg Masjid Pulau Pangkor.